Berminat untuk menyambung pelajaran di UiTM? Buat Degree, Master kat UiTM? Apa kelebihannya? Semuanya bakal terjawab jika anda turut serta dalam ekspo pendidikan ini. Tak pergi, tak tahu apa kelebihannya bukan? Jom pakat ramai-ramai meriahkan ekspo ini!
Ekspo Selangkah ke UiTM 2010
Sukacita dimaklumkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) akan mengadakan 'Ekspo Selangkah ke UiTM 2010' khusus untuk pelajar-pelajar lepasan SPM, STPM, Matrikulasi, Diploma dan mereka yang berminat untuk melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana & PHD.
Tarikh: 13-14 Mac 2010 (Sabtu & Ahad)
Masa: 9.00 pagi - 6.00 petang
Tempat: Kompleks Belia & Kebudayaan Negeri Selangor, Seksyen 7, Shah Alam.
TERBUKA kepada orang ramai.
Sila layari laman web UiTM di Hatiku atau hubungi 03-5544 3206/2102 & 03-5521 1355
Download Poster and Map:

0 comments:
Post a Comment
Thank You For Your Comment.