Harap pengunjung blog ini sihat sejahtera. Kali ini post masih berkaitan aktiviti yang dianjurkan oleh UiTM Shah Alam. Pada hari Selasa-Khamis, UiTM akan menganjurkan ekspo kerjaya, CaIREx 2010 (Career and Industrial Relation Expo) buat kali ke-7. Mungkin bakal graduan pada masa ini sedang sibuk submit resume dan mencari-cari kerja kosong; jadi ekspo ini sedikit sebanyak akan membantu korang. Luangkanlah sedikit masa korang, mana tau ada rezeki nanti kan. Details berkaitan ekspo seperti dibawah:
CaIREx 2010 Expo 7th Career and Industrial Relation Expo
Tarikh: 16-18 Mac 2010 (Selasa-Khamis)
Tempat: Dewan Sri Budiman & DSB Annexe UiTM
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
03-5544 2393 / 2394 / 3488 / 3211 / 3212
03-5521 1488 / 1482
atau layari www.jobshop.uitm.edu.my/
......................................................................................................................................................................
Seminar Green Card
oleh CIDB ( Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia)
Pada 27 Mac & 3 April 2010, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM), UiTM Shah Alam akan menganjurkan satu seminar "Green Card" khas untuk student FKM. Seminar tersebut akan dijayakan oleh CIDB ( Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia).
Tujuan seminar Green Card adalah seperti berikut:
1. Memberi pendedahan kepada kepada para pelajar FKM dalam mengenali dan memahami aspek-aspek keselamatan dan kesihatan dalam bidang kejuruteraan yang sebenar.
2. Membolehkan para pelajar mendapat kad hijau yang meliputi insurans berkenaan kematian dan kemalangan di tempat kerja.
3. Membolehkan para pelajar memasuki pelan-pelan pembinaan atau kawasan larangan ketika bekerja atau ketika membuat latihan industri.
Tarikh: 27 Mac & 3 April 2010
Tempat: FKM
Yuran Permohonan: RM10 sahaja (termasuk pendaftran dengan CIDB)
Tarikh Tutup permohonan: 18 Mac 2010 (Khamis)
Macamane nak join??
Pergi aras 5 bilik PSSKM, ambil borang, bawa balik atau isi terus. Semasa menghantar borang, sertakan bayaran RM10 dan gambar bersaiz pasport ( 1 keping dilekatkan pada borang & 1 keping untuk kad hijau).
Untuk maklumat lanjut, hubungi:
Firdaus- 017 5149548
Hisyam- 013 4749050
Terima kasih.



0 comments:
Post a Comment
Thank You For Your Comment.