Assalamualaikum dan Salam sejahtera,
Akhirnya berjaya terjah ke Melaka dan PD bersama rakan-rakan SEMESTA! Pada 13, 14 & 15 Feb 2010, kami telah ke Melaka dan PD bagi menjayakan satu program yang dinamakan 'Percutian Student Tahun Akhir'.hehe.
Sebelum itu, kami ingin meminta maaf kepada Atun kerana tidak dapat menghadiri perkahwinan saudari. Bukan tak sudi nak hadir, tapi kami dah plan dan tempah tempat penginapan lebih awal. Apepun, masih sempat untuk mengucapkan Selamat Pengantin Baru dan semoga bahagia ke anak cucu!
Percutian ini merupakan peluang terakhir untuk kami bercuti bersama-sama sebelum habis belajar; memandangkan sem ini merupakan sem akhir. Dijayakan oleh Peicom, Naqsya, Aker, Amnan, Ajai, Rosha, Kily, Azmir, Izzat, Taru, Abu Dani dan aku.
Kalau nak diceritakan semuanya, mungkin agak panjang; letihla kalo nak scroll down baca nant. Jadi, secara rumusan jela ye. Bermula dari 13-15 Feb 2010, kami 1 group akan bertolak dulu ke Melaka. Macam ade yang xkena dengan percutian ni, awal-awal dah spoil. Kunci kereta Aker tertinggal kat dalam kereta. Adoooii!! Pening2.. TQ kepada abg bengkel kerana berjaya membuka + duit kopi.
Aktiviti first di Melaka ialah BBQ (ayam+kambing+sosej+udang). Memang lazat. BBQ pulak buat pukul 5 pagi. Tak pernah kot dibuat orang sebelum ni. Aktiviti seterusnya seperti bermain bola di waktu pagi, main PS3, berjalan-jalan di bandar Melaka. Memang tak miss aktiviti ni kalo berjumpa ramai-ramai; main CS kat CC. shina 016 memberikan pengalaman baru kepada kami dalam dunia CS. Pengalaman ape? biarkan rahsia.haha.
Pada sebelah malam, kami menuju ke Muara Sg Duyong untuk makan besar. Memang betul2 makan besar la. Mungkin nak lepaskan geram disebabkan perjalanan jauh ke situ? Nasib baik ade GPS, mudah sket perjalanan. Siakap 3 rasa malam tu memang terbaik kot. Yang sedap ikan tu betul2 garing. Ketam masak merah boleh tahan gak. Cume yang kureng nasik lemak je. Nasik lemak pagi semalam ke makcik? :(
Percutian ke PD pada awalnya tidak dirancang. Disebabkan tak dapat mandi pantai di Melaka, last2 minute plan ke PD. Apepun layan je. Secara kebetulan memang nak ke PD bagi menyambung bercuti bersama keluarga di Mayang Sari Resort. Azmir, Naqsya, Izzat dan Rosha sambung pulak bercuti lepas dari PD, ke Genting. Hampeh je. Nak pegi jugak woi! Bulan 5 pegi Genting lagi sekali la. ade bran?haha.
Apepun, ini mungkin percutian terbaik dalam bil yang agak ramai. Percutian di Pangkor dulu tetap best! Ade sedikit gambar sepanjang percutian di Melaka dan PD yang bakal memberikan kenangan di hari tua. Sekian, terima kasih semua!
Bagi yang ingin menyimpan semua gambar sebagai kenangan, gambar sudah boleh didownload sekarang : Download Now!
Bagi yang ingin menyimpan semua gambar sebagai kenangan, gambar sudah boleh didownload sekarang : Download Now!
2 comments:
enjoy betul yek pegi holiday kt melaka..
part yg paling akak jeles tgk adik mkn2.. dgn BBQ lagi.. my feveret.. sedapnya..nyumm nyumm..
ikan 3 rasa tu, yg buat lg terliur.. nanti kita gi wat family day kt melaka pulak yek.. kita pegi ramai..
hehe..mmg enjoy pon..lgpun ni last dpt bercuti ngn kwn2...
BBQ ngn mkn kt muara sg duyong tu best..
ikan tiga rasa die best..tp service kt tanjung harapan lg bagus..sini lmbt sket...pastu nasik lemak die mcm nk basi dh..
nnt kalo wat family day bgs sgt la tuh...wat bbq ngn mkn kt area2 sini..
Post a Comment
Thank You For Your Comment.