17 September 2008

Berbuka Puasa @ Flaming Steamboat, Sunway







Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Rasenya agak terlambat nak post pasal aku berbuka puasa kat Flaming Steamboat bersebelahan dengan Sunway Piramid. Aku dan rakan-rakan SEMESTA memang dah plan awal untuk berbuka bersama-sama, tapi sukar mencari tarikh yang sesuai. Hari Sabtu lepas, 13.09.2008 kitorang dapat jugak berbuka bersama-sama.

Kitorang berkumpul kat Shah Alam. Extremers yang join berbuka ni ialah aku,Azmir,Ajai,Izzat,Izzuady,Aker,Tahirie,Ash,Naqsya,Lan,Taru & member Lan. Peicom tak dapat nak join sebab terpaksa berbuka kat rumah pakcik dia kat Sg. Besi.

Kitorang makan kat Flaming lambat sket, pukul 8.30malam sebab nak solat Maghrib dulu..Memang best makan kat situ sebab macam-macam makanan ade..Makan stemboat sampai puas...Macam-macam jenis makanan laut (ketam,udang,bebola dan sebagainya) ada kat situ..Desert pun berlambak..aiskirim, ABC, biskut & etc..

Kitorang makan kat situ dari pukul 8.30 sampai 10.10malam...memang bulat perut masing-masing...haha...yela kan, tak nak membazir bayar RM20 sorang..Sambil-sambil makan kat situ, aku ada gak keluar jap tengok match MU vs Liverpool..malangnya MU kalah..nasib tak baik beb..

Pukul 11.30 malam, kitorang main futsal pulak..dahla kenyang, pastu nak kene berlari lak..haha..main pun ala kadar tapi penuh dengan semangat kesukanan...

Pukul 4.00 pagi, kitorang sahur sama-sama kat Restoran Hakim..Makan nasi kandar..boleh tahan la kata budak2 ni...sementara nak tggu masuk Subuh, kitorang lepak jap kat Tasik Shah Alam..borak2...gurau2...hehe...

Petang Ahad tu, kitorang berbuka puasa sama-sama sekali lagi kat Restoran Singgahsana, Seksyen 13, Shah Alam...Ikan Kerapu masak 3 rasa...wow...sedap..Tapi tak ramai yang join sebab ada yang dah balik..yang join cuma aku, Azmir, Naqsya, Peicom, Ash, Izzat, Izzuady, Ajai.

Memang best berbuka sama-sama...lain kali kita berbuka sama-sama lagi ek..memang enjoy!!

p/s: aku dapat tau yang Moon ajak berbuka sama-sama Sabtu ni...detail aku pun tak tau lagi..

28 August 2008

ACEC Industrial Visit







Industrial Visit 2008
Date : 27 August 2008
Time : 2.30-5.30pm
Location: Seksyen 26, Shah Alam, Selangor, Malaysia.

01 August 2008

Manusia , Malaikat , Syaitan ...Renungkanlah..

Assalamualaikum...

Manusia , Malaikat , Syaitan ...

Manusia - Eh, dah subuh dah?

Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu .

Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz

Manusia - Nak makan, laparlah ??

Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah...

Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? .

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?

Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..

Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!

Manusia - Alamak, dah lewat!

Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..

Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. .

Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan

Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.

Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...

Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !

Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa

Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..

Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? .

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain

Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..

Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa..

Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .

Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. .. (kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!

Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah,berpalinglah dari jalan itu .

Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?

Manusia ? Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.

Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...

Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu...


Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :

1. Anda - Patutke aku biarkan post ini aku sorang je yang tahu.

2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal (beritahu pasal post ni)

3. Syaitan - Tak payahlah sebuk2


Wassalam

18 July 2008

Oh! Pangkor

Kami tiba di Jeti Lumut

Peicom, aku & Yassier di waktu senja

Posing sebelum naik Banana Boat

Snorkling....

Dalam perjalanan pulang ke Lumut..




Salam sejahtera semua...sori geng sebab aku lambat post pasal Pangkor ni..memang letih balik dari Pangkor..Aku pun bz study, jadi tak sempat nak update blog... Aku share ngan korang pasal aku pegi Pangkor ngan member2 aku..Ktorg pegi berenam..Aku, Peicom, Yassier, Naqsya, Ajai dan Izzuady..Asalnye ramai yang nak pegi, Izzat,Azmir,Joe..Tapi diorg cancel last minute..ade yang awek tak bagi pegi la..macam2 hal la...ktorg pegi 3hari 2malam.. Memang syok sebab buat macam2 aktiviti.. BBQ 2 malam.. Antara aktiviti yang ktorg buat ialah Snorkling, Banana Boat, Pusing Pulau Pangkor (naik Van pink.. jambu giler kaler van tu ), lawat kilang buat makanan kering (sotong,ikan dan lain-lain), lawat Mini China Great Wall, futsal pantai, berenang dan macam2 lagi. Snorkling memg syok habis.. tengok ikan depan mata mase beri ikan makan biskut..haha.. memang panjang kalau aku nak cerite kat sini...Kesimpulannya...Pangkor memang best...Laut yang cantik..air sangat jernih.. Kalau korang tak pernah pegi, aku syorkan korang pegi..memang puas hati..ktorg cuma bayar RM120/sorang untuk semua.. Murah kan? Kalau ada masa, pegi la..hehe.. :)

15 July 2008

Promed @CS08:Pertandingan Pengaturcaraan & Reka Cipta Multimedia


Maklumat Lanjut, lawat http://www.tmsk.uitm.edu.my/~promedcs08/