17 October 2008

Tips Keluar Dating ;)


Tips Keluar Dating:

Kepada korang yang bercouple, ni ada sket tips untuk korang sebelum keluar dating...hehe..

1. Pastikan duit cukup untuk belanja teman wanita.
2. Sudah mengetahui di mana tempat ber'dating'.
3. Penampilan mesti kemas bergaya.
4. Kunyah gula getah atau ambil makanan berperisa pudina untuk elak nafas berbau.
5. Seutas jam tangan untuk melihat waktu.
6. Kenalpasti jenis kenderaan. Tidak sesuai naik 'kapcai' ketika cuaca panas.
7. Memakai wangian dan deadoran supaya Dia menyenangi 'bau' anda.
8. Tepati waktu yang di janjikan. Jangan terlewat kerana sesungguhnya penantian itu suatu penyeksaan.
9. Ucapkan kata-kata manis ketika menyambut ketibaannya.
10. Jangan tergopoh-gapah dalam perbualan, dan jika ini kali pertama anda keluar bersama hindarkan berbicara mengenai kahwin.
11. Elak berbual tentang politik,kisah silamnya, bekas teman lelakinya atau perkara yang Dia tidak suka.
12. Jangan pula asyik bertanya perkara yang sama ketika berbual hingga timbul rasa 'boring'.
13. Pimpin tangannya sekali sekala ketika berjalan bersamanya terutama ketika menyeberang jalan.
14. Jika bertemu dengan rakan-rakan secara kebetulan, pastian tumpuan di berikan pada Dia.
15. Tontonlah filem yang anda berdua sukai ketika berdating.
16. Elakkan makan di tempat yang sesak dan Dia tidak sukai, dan pilih makanan kegemarannya.
17. Yang penting jangan mengambil makanan yang memberi kesan terhadap pernafasan seperti petai.
18. Ketika makan tunjukkan sifat yang sopan, jangan bersendawa kuat. Tutup mulut ketika sendawa dan sambung dengan Alhamdulillah.
19. Sentiasa memberikan senyuman dan berada dalam suasana yang ceria.
20. Elakkan memandang wanita/gadis lain yang lalu lalang. Bukan apa, khuatir nanti hatinya terguris.
21. Hiburkanlah hatinya dengan perkara yang menyenangkan.
22. Renunglah matanya ketika berbual. Ini bermakna anda menghormatinya.
23. Sebaik bertemu, ucapkan kata-kata manis atau pujian tentang pakaian atau dandanannya.
24. Jangan sesekali berbual perkara yang buruk seperti mengumpat atau perkara lucah. Anda bukan budak-budak lagi.
25. Jika keluar pada waktu malam pastikan si dia pulang awal. Anda berhak menentukan masa untuk pulang. untuk lebih selamat hantar hingga ke depan pintu rumah.
26. Jika perlu hadiahkan satu benda yang bernilai sebagai tanda sayang dan pengalaman indah bersamanya.
27. Sebelum berpisah, ucapkan terima kasih.

10 October 2008

Nokia 5800 XpressMusic




Wow...memang menarik hp baru dari Nokia ni.. Nokia 5800 XpressMusic..Memang mantap..Hp ni menggunakan touch screen dan merupakan hp pertama s60 dari Nokia yang menggunakan teknologi tersebut.

Sound effect hp ni memang mantap..aku dah try kat web Nokia..test sound die...perghh..memang boleh lawan Walkman..harap2 nanti bolehla dapat pakai hp ni ek...Insyaallah...hehe..

Memori hp ni boleh mencecah 16Gb..memang byk untuk letak lagu2...Kamera 3.2megapixel..Sound meggunakan clear hi-fi quality..

Pepun, spec hp ni seperti di bawah:

Size
Form: Classic with full touch user interface
Dimensions: 111 x 51.7 x 15.5 mm
Weight: 109 g
Volume: 83 cc
Touch user interface optimised for one-hand use with tactile feedback

Display and 3D
Main display
- Size: 3.2″
- Resolution: 640 x 360 pixels (nHD)
- Up to 16 million colours
- aspect ratio 16:9
- automatic orientation sensor (Accelerometer) for display rotation
3D image engine

Memory
MicroSD memory card slot, hot swappable, max. 16 GB
81 MB internal memory
8GB microSD memory card in-box, expandable up to 16GB

*Full Specifications---> Visit s60 Site


08 October 2008

Perginya seorang rakan - Nurizan (1987-2008)

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Kepada rakan-rakan SEMESTA dan yang mengenali saudari Nurizan yang berasal dari Kuantan,Pahang...beliau telah meninggal dunia pada hari Isnin disebabkan oleh satu penyakit.

Ibu kepada Nurizan menyampaikan pesanan Nurizan yang meminta maaf jika ada salah dan silap terhadap sesiapa yang mengenali dirinya...

Al-Fatihah..

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيم
الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِين
الرَّحْمـنِ الرَّحِيم
مَـالِكِ يَوْمِ الدِّين
إِيَّاك نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِي
اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيم
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّين


Semoga saudari Nurizan dicucuri rahmat...Ameen...

Blogger Templates


Salam sejahtera...kepada korang yang mencari templates blogger, aku ada jumpa 70 templates yang lawa..klik je link kat bawah ni:



Download la yang mane2 korang suke..


17 September 2008

Berbuka Puasa @ Flaming Steamboat, Sunway







Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Rasenya agak terlambat nak post pasal aku berbuka puasa kat Flaming Steamboat bersebelahan dengan Sunway Piramid. Aku dan rakan-rakan SEMESTA memang dah plan awal untuk berbuka bersama-sama, tapi sukar mencari tarikh yang sesuai. Hari Sabtu lepas, 13.09.2008 kitorang dapat jugak berbuka bersama-sama.

Kitorang berkumpul kat Shah Alam. Extremers yang join berbuka ni ialah aku,Azmir,Ajai,Izzat,Izzuady,Aker,Tahirie,Ash,Naqsya,Lan,Taru & member Lan. Peicom tak dapat nak join sebab terpaksa berbuka kat rumah pakcik dia kat Sg. Besi.

Kitorang makan kat Flaming lambat sket, pukul 8.30malam sebab nak solat Maghrib dulu..Memang best makan kat situ sebab macam-macam makanan ade..Makan stemboat sampai puas...Macam-macam jenis makanan laut (ketam,udang,bebola dan sebagainya) ada kat situ..Desert pun berlambak..aiskirim, ABC, biskut & etc..

Kitorang makan kat situ dari pukul 8.30 sampai 10.10malam...memang bulat perut masing-masing...haha...yela kan, tak nak membazir bayar RM20 sorang..Sambil-sambil makan kat situ, aku ada gak keluar jap tengok match MU vs Liverpool..malangnya MU kalah..nasib tak baik beb..

Pukul 11.30 malam, kitorang main futsal pulak..dahla kenyang, pastu nak kene berlari lak..haha..main pun ala kadar tapi penuh dengan semangat kesukanan...

Pukul 4.00 pagi, kitorang sahur sama-sama kat Restoran Hakim..Makan nasi kandar..boleh tahan la kata budak2 ni...sementara nak tggu masuk Subuh, kitorang lepak jap kat Tasik Shah Alam..borak2...gurau2...hehe...

Petang Ahad tu, kitorang berbuka puasa sama-sama sekali lagi kat Restoran Singgahsana, Seksyen 13, Shah Alam...Ikan Kerapu masak 3 rasa...wow...sedap..Tapi tak ramai yang join sebab ada yang dah balik..yang join cuma aku, Azmir, Naqsya, Peicom, Ash, Izzat, Izzuady, Ajai.

Memang best berbuka sama-sama...lain kali kita berbuka sama-sama lagi ek..memang enjoy!!

p/s: aku dapat tau yang Moon ajak berbuka sama-sama Sabtu ni...detail aku pun tak tau lagi..