Assalamualaikum dan Salam sejahtera,
Akhirnya berjaya terjah ke Melaka dan PD bersama rakan-rakan SEMESTA! Pada 13, 14 & 15 Feb 2010, kami telah ke Melaka dan PD bagi menjayakan satu program yang dinamakan 'Percutian Student Tahun Akhir'.hehe.
Sebelum itu, kami ingin meminta maaf kepada Atun kerana tidak dapat menghadiri perkahwinan saudari. Bukan tak sudi nak hadir, tapi kami dah plan dan tempah tempat penginapan lebih awal. Apepun, masih sempat untuk mengucapkan Selamat Pengantin Baru dan semoga bahagia ke anak cucu!