18 July 2008

Oh! Pangkor

Kami tiba di Jeti Lumut

Peicom, aku & Yassier di waktu senja

Posing sebelum naik Banana Boat

Snorkling....

Dalam perjalanan pulang ke Lumut..




Salam sejahtera semua...sori geng sebab aku lambat post pasal Pangkor ni..memang letih balik dari Pangkor..Aku pun bz study, jadi tak sempat nak update blog... Aku share ngan korang pasal aku pegi Pangkor ngan member2 aku..Ktorg pegi berenam..Aku, Peicom, Yassier, Naqsya, Ajai dan Izzuady..Asalnye ramai yang nak pegi, Izzat,Azmir,Joe..Tapi diorg cancel last minute..ade yang awek tak bagi pegi la..macam2 hal la...ktorg pegi 3hari 2malam.. Memang syok sebab buat macam2 aktiviti.. BBQ 2 malam.. Antara aktiviti yang ktorg buat ialah Snorkling, Banana Boat, Pusing Pulau Pangkor (naik Van pink.. jambu giler kaler van tu ), lawat kilang buat makanan kering (sotong,ikan dan lain-lain), lawat Mini China Great Wall, futsal pantai, berenang dan macam2 lagi. Snorkling memg syok habis.. tengok ikan depan mata mase beri ikan makan biskut..haha.. memang panjang kalau aku nak cerite kat sini...Kesimpulannya...Pangkor memang best...Laut yang cantik..air sangat jernih.. Kalau korang tak pernah pegi, aku syorkan korang pegi..memang puas hati..ktorg cuma bayar RM120/sorang untuk semua.. Murah kan? Kalau ada masa, pegi la..hehe.. :)

15 July 2008

Promed @CS08:Pertandingan Pengaturcaraan & Reka Cipta Multimedia


Maklumat Lanjut, lawat http://www.tmsk.uitm.edu.my/~promedcs08/

10 July 2008

Favicon: Tukar Blogger icon kepada icon sendiri




Adakah korang boring dengan icon Blogger pada address bar? Mahukan kelainan? Korang boleh tukar icon blogger tersebut dengan icon korang sendiri dengan menggunakan Favicon...macam blog aku... Korang boleh follow steps kat bawah ni untuk tukar icon blogger tersebut.



Langkah 1:

- Dapatkan gambar yang korang nak jadikan Favicon.


Langkah 2:

- Upload gambar korang untuk dijadikan Favicon (format .ico) di Free Favicon Making


Langkah 3:

- Download Favicon korang yang dah siap (harap korang download cepat sebab favicon korang akan cepat expired)


Langkah 4:
- Korang mesti upload Favicon korang ke hosting sendiri.

- Korang xdek hosting? Daftar free kat sini: www.000webhost.com

-
Korang Login akaun 000webhost.com ---> Pilih Control Panel
- Pilih File Manager
- Upload Favicon dalam folder public_html (pastikan korang betul2 upload dalam folder ni)

Langkah 5:

- Dapatkan link bagi Favicon korang yang dah upload di hosting sendiri.

- Login akaun blogger.com ---> Layout ---> Edit HTML

- Paste kod ni dalam {head}
. (Attention: Tukar simbol { & } kepada < & >)

" {link href='YOUR FAVICON LINK HERE' rel='shortcut icon'/} "

- Save Template

- DONE!!

- Check your blog.. see your icon.. :)


Amacam..senang je bukan? hehe.. bagi sesiapa yang berminat...bolehla mencuba..Tak cuba, tak tahu hasilnya kan.. Selamat mencuba.. bye :)

09 July 2008

International Hacking Competition 2008 (i-Hack'08): UiTM Shah Alam, Malaysia.



Salam sejahtera..ada tak dikalangan korang yang minat dan pandai hacking? kalau ada, join la hacking competition ni..di UiTM Shah Alam..segala butiran seperti di bawah:

-------------------------------------------------------------------------------------------------

International Hacking Competition 2008 (i-Hack'08)

Dewan Sri Budiman & Dewan Annexx
Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam,Selangor,Malaysia
15-17 August 2008


-------------------------------------------------------------------------------------------------

Events:

1. Hacking Competition - Capture The Flag (CTF)

2. Hacking Competition - Computer Forensic & Defense Challenges

3. Student Computer Security Project Presentation
4. Computer Security Exhibition
5. Computer Security Forum

6. Computer Security Awareness Talk

7. Hack And Defense Workshop
8. Career Fair


Fees:
Hacking Competition: Capture the Flag - RM150 /group

Hacking Competition: Computer Forensic & Defense Challenge - RM150 /group

Hack And Defense Workshop - RM 20 / person
and more..


Prize to be won: RM24,000


Registration:
CLOSING DATE : 1 AUGUST 2008
Please make sure payment are made before or on 1 August 2008 before 7.00 pm

For further information, visit i-Hack Competition Official Site


Jadi, kepada sape2 yang berminat, cepatla daftar..check kt website rasmi hacking ni..aku just promote sbb aku minat+aku student UiTM...hehe.. :)

08 July 2008

Siapakah Anda? Renunglah Kejap..

Salam sejahtera semua...harap korang semua sihat ek..Firstly, TQ sebab sudi masuk blog ni..sebenarnya aku banyak nak update content..tapi biarla dulu ye..Haa...pasal artikel ni, korang mesti baca dan renung sekejap...Agak-agak korang jenis mana ek?haha...aku tak tau...korang nilai la sendiri lepas baca...Sila baca... :)

1. Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman.

2. Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata 'Inna lillahi wainna illaihi rajiuun.' Lalu sambil berkata,'Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini', sambil mengukir senyuman.

3. Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

4. Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

5. Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

6. Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

7. Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

8. Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

9. Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.

10. Siapakah org yg KEDEKUT?
Orang yg kedekut ialah org yg mengetahui tentang blog ini, tetapi tidak berkongsi dan tidak beritahu kepada org lain..hehe.. :p

Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafaat kepada manusia.hehe...bye :)


06 July 2008

Cara Transfer Domain Blogspot.com ke .com, .net, .co.cc & etc



Salam sejahtera semua..
Semalam ada seorang rakan bertanya tentang mcmane nak transfer domain
blogspot.com ke domain sendiri ( .com, .net, .org, .co.cc & etc). Jadi aku akan kongsi dengan korang cara-cara nak setting domain sendiri.

Korang boleh beli domain di name.com, namecheap.com dan
etc.

Langkah 1:
1. Pergi ke Control Panel domain korang.
2. Pilih DNS setting.
3. Pilih CNAME.
4. Untuk Host Name/Alias, isikan:
www
5. Untuk Value/Destination, isikan:
ghs.google.com

Langkah 2:
1. Login akaun Blogger.com
2. Pilih Settings ---> Publishing
3. Pilih Switch To Advanced Settings
4. Masukkan domain yang dah dibeli dalam ruangan Your Domain
5. Save Settings
6. Done..

Kalau ada prob boleh email atau post di shoutbox/comment pada topik ni.
TQ. Selamat mencuba. :)


05 July 2008

Free Domain .co.cc - Free DNS & Support CNAME,MX,A

Hello...
Have website or blogger account but bored with your subdomain?
Try this free domain .co.cc + Free DNS and support CNAME,MX,A.

For blogger.com user, you can simplify your blogspot domain.
Like http://emuda.blogspot.com to www.emuda.co.cc
So,what are you waiting for?

Register Now!



CO.CC:Free Domain