Hai semua...pada 24hb Jun, saudara Amirul Faisyal telah menganjurkan reunion bagi SEMESTA Xtreme 2004 yang bertempat di Shah Alam...Pada mulanya, ramai yang nak join..tapi mereka terpaksa cancel pada saat-saat akhir. Tapi takpe, yang ada 8 orang pun jadilah.haha.Yang join; aku, Peicom, Azmir, Izzat, Izzuady, Yassier, Kenny, Aker.Reunion ni memang dibuat khas untuk lelaki sahaja.Aktiviti pada waktu petang ialah menonton wayang di TGV Sunway Pyramid..Kitorang tengok movie The Happening. Tengok trailer punyalah mantap..tapi rupanya x best pun..Movie yang mengisahkan tentang penyakit misteri yang tersebar oleh angin.memg blur movie ni sebab xtau apa sebab dan cara mengatasi masalah tu..Memang kitorang xpuas hati la tgk movie ni..hehe..Pada pukul 9.00pm, kitorang main futsal. Disebabkan x cukup orang, kitorang main 4-sebelah.Pergh!! letih gile! Kitorang main sampai pukul 11pm.Tapi yang penting memg syok main ngan member-member lama.Lepas tu kitorang balik dan keluar semula ke PJ untuk makan. Kitorang pegi Restoran Murni SS2. Makan western food. Peicom yang belanja makan malam tu. Thanks peicom! Semoga bisnes berkembang maju. Kitorang lepak sampai pukul 2.30am. Pastu kitorang balik...Ramai yang tido terus...letih sangat kan..Tapi ada yang tengok movie 21..Petang 25hb, semua pulang ke rumah masing-masing. Reunion ni memang best!! Pangkor menanti reunion kami yang akan datang pada Bulan 7 ni!! Kepada Xtremers (Lelaki sahaja) yang berminat untuk ke Pangkor, sila hubungi saudara Amirul Faisyal. TQ :)












